Translate

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadan 1434H (10hb Julai 2013) Rabu

Alhamdulillah sudah selesai bersahur...bermula lah prjuangan kita sbgai hambaNYA...meraih seberapa byk phala dlm bulan yang penuh berkat ini...apa menu sahur biskita? Sahur saya mee goreng taitong biasa sja...milo panas, telur separuh masak & buah kurma. Selalunya kalau sahur saya lebih suka menu sarapan pagi. Asalkan ada milo panas & telur separuh masak, itu sudah cukup.  Ikut orang lah sebenarnya. Citarasa masing-masing...ada yang suka makan nasi lengkap dengan set lauk pauk & sayurnya. Dahulu saya bukan seorang yang suka bangun sahur. Biasalah malas bangun dan takut sakit perut.  Tetapi sudah umur meningkat, sahur menjadi satu kemestian. Umur yang meningkat, memberikan impak yang tersendiri kepada badan saya. Kalau tidak sahur, saya akan cepat merasa lemah & pening. Zumba instructor saya, Susan Pang selalu menggunakan istilah ini; 'Listen to your body'.  Kita lebih tahu apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita sendiri. Aduh! Masuk waktu solat subuh. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut awal ramadan kepada semua muslimin & muslimat. Semoga segala amalan diberkati Allah SWT jua amin3 ;)

No comments:

Post a Comment