Translate

Thursday, 20 March 2014

MUSAFIR 1/2014 ~ Johor Bahru (14/3-17/3)

Menaiki AK5013 ke JB via Miri, Sarawak pd 1 ptg sebenarnya memberikan satu debaran yang luar biasa utk ku...mungkin di sebabkn oleh peristiwa hilangnya pesawat MH370 pd 8/3/14 yang lalu & di tambah dengan niat utk berusaha (keluar dari zone keselesaan saya).  Tiba di Lapangan Terbang Senai saya terus mengambil teksi sistem berkupon (walaupun boleh memilih deretan teksi di luar terminal) Mungkin dengan cara ini, saya rasa terjamin (sebab takut ada pemandu teksi yang mudah mengambil kesempatan utk menggunakan laluan jauh: mendapatkan bayaran meter lebih) Bayaran coupon adalah RM44 (Senai Airport to Citrus Hotel)


Saya hanya mampu meluangkan waktu musafir sekitar kawasan hotel penginapan saya, Bazar Karat & City Square Mall.  Sebelum terlupa, saya menginap di Citrus Hotel dgn keseluruhan bayaran RM690 (termasuk deposit RM100 yg akan dipulangkn ketika check-out) Walaupun 'book' pada saat akhir tapi ternyata hotel ini tidak menghampakan saya yang pertama kali menjejakkn kaki di sana.  Warm hospitality and location wise near to the mall, convinent stores, Bazar Karat & even near to the Immigration Post (if you are planning to go to Singapore via the highway)

14/3/2014 ~ Selepas mengerjakan solat isya' aku cekalkn diri utk mengunjungi Bazar Karat yang berada tdk jauh dari hotel.  Sebenarnya waktu ini disarankan oleh pekerja hotel kerana menurutnya jika pergi lewat sikit, byk brg jualan dpt di lihat & tawar menawar senang di jalankn.  Syukur alhamdulillah dapat membeli pesanan topi / 'cap' yang dipesan permata hati. Ramai pengunjung waktu itu mungkin kerana itulah waktu senggang warga Johor (mereka tdk bekerja pada hari Jumaat & Sabtu) Banyak ragam penjual & pembeli dapat di lihat. Paling ketara perkataan 'eeh' yang rata2 menjadi kebiasaan warga Johor tika berbicara. Tetapi sebutan dan intonasi unik memberikan satu kelainan yang membezakan warga Johor dengan warga KL (bagi pendapat saya saja! he3)

15/3/2014 ~ Alhamdulillah berkat pertolongan Tuhan saya dapat mengesan dan mengunjungi satu gerai menjual barangan antik dalam Bazar Karat! Boleh dikatakan gerai ini lah yang menarik minat saya utk mengunjungi Bazar Karat! Tetapi bkn kerna mahu membeli tetapi mahu melihat keunikkan barang2 lama yang dijual...mmg tdk sama dengan gerai brgan antik di Pasar Tamu Tutong, Brunei. Selain menjual pakaian, aksessori, aksessori hp, cd, alat mainan dan binatang, malahan kita boleh menikmati makanan dan minuman. Namun makanan dan minuman yg dijual disana tdk begitu banyak..

16/3/2014 ~ Hari ini saya byk menghabiskan msa di City Square Mall.....di Food Court "Dapur Kita" yang berada di tingkat 6. Di sini pembayaran makanan & minuman adalah mengikut sistem kad prabayar yang dapat dibeli dihadapan food court. Jumlah kad prabayar adalah mengikut kadar yang kita sendiri inginkan. Baki kad boleh di 'redeem'.  Sepanjang waktu ini saya byk melihat karenah para pengunjung...terasa tenang dgn hiasan yang minimal dan pilihan ruang tempat duduk yang disediakan.  Banyak waktu utk saya muhasabah diri & merancang masa depan saya.  Alhamdulillah! Balik ke bilik penginapan terus 'packing' brg2 utk check out esok pgi.

17/3/2014 ~ Flight ke Miri, Sarawak AK5012 berlepas pada pukul 10.00 pagi.  Saya terpaksa bertolak dri hotel pada pukul 7,30 pagi. Saya memilih taxi berwarna merah kerana murah sedikit.  Bayaran perjalanan dari hotel ke airport hari itu sebyk RM48.90.

No comments:

Post a Comment