Translate

Monday, 21 April 2014

1904014

Sudah 3 thn lebih rupanya aku melangkah dlm 'zon kehidupan' ini..Walaupun stiap langkah itu d penuhi suka & duka ttpi aku brsyukur kerana Maha Pencipta Allah SWT sentiasa ada d sisi..trima kasih kpdMU Ya Rabb! Aku akan sentiasa brusaha.. trus belajar membaiki diri.. smoga perjalananku yg setrusnya akan d permudahkn..amin3 ;)

SUNDAYing @ KeBuN BUAH

20/04/14 pgi - ke kebun buah peninggalan arwah ayahanda di Kg Lamunin Tutong. Alhamdulillah sudah mula brbunga.  Pondok baru turut didirikn utk menggntikn pondok lama yg sudah rosak.

Sunday, 13 April 2014

120414 & 130414

Had a great nite ot last night with d ladies, kuzzy Dina & fren Laila...at least dpt jua merasa duduk2 di Cafe De Royalle @ BSB..a plus for me was d opn air seats + a cosy way to chill d tgh2 ibu negara Brunei he3 (tidak pernah saya lakukn slama ini!) Tetapi kerusi2 perlu d baiki...

Den this Sunday afternoon, i rode my Yamaha Kymco to Terindak Pantai Restaurant @ Jerudong Polo Club. Just to unwind, relaxing & bond with nature. I took a few snaps too.

Sempat juga melihat kerenah manusia d sna. Rata2 smuanya asyik menikmati suasana keriangan brsma kluarga/kwn2. Semngat kasih syg sgt terasa. I feel d positive vibes around me yo! He3

Semmgnya saya suka melakukn sesi "me+myself+I" sebegini. Bknlah selalu..ttpi setidak2 nya dlm sebulan dua kli. Waktu ini lah I started to reflect my life journey so far..pastinya ujian ttp ada...tngisan ttp ada..namun saya yakin, Tuhan memberikn smuanya itu kerna DIA yakin akan kemampuan saya & sbgai tanda kasih-sygNYA trhdp hamba2nya.

Smoga hari berikutnya akan lebih di berkati Allah SWT jua...amin3



Friday, 28 March 2014

CEBISAN RASA 280314

Sememangnya pd hari Jumaat yg brkah ini, ENGKAU tunjukkn pdku TUHAN...akhirnya apa yg slalu trdetik dlm diri trnyata terbukti...dia sudah ada insan lain...betapa Tuhan memberigakn kpdku ~
* Mmg trnyata hatinya blum kuat...dia adalah insan yg cepat brubah...sekelip mata...spt dia tdk pernah brjnji...spt dia tdk prnah mengenaliku!

* Mmg trnyata hatiku pun msih prlu d 'jaga'...msih trasa kepedihan itu...terselit rsa kesakitan itu...sdgkn aku tlh cba melarikan diri dri kisah silam itu!

Airmata...smmgnya tdk dpt ku halang dri membasahi pipi ~ Ya..hakikat yg slalu d jdikan prbandingan hebat antara wanita &  lelaki! Namun kli ini biarlah hanya Tuhan yg menyaksikan smua itu...biar hnya Tuhan tmptku mengadu...berdoa ~  TUHAN MAHA ADIL!! Terima kasih Tuhan kerna tlh menunjukkn & membuktikn smua pd hari ini, hari Jumaat 28/3/14


Thursday, 20 March 2014

MUSAFIR 1/2014 ~ Johor Bahru (14/3-17/3)

Menaiki AK5013 ke JB via Miri, Sarawak pd 1 ptg sebenarnya memberikan satu debaran yang luar biasa utk ku...mungkin di sebabkn oleh peristiwa hilangnya pesawat MH370 pd 8/3/14 yang lalu & di tambah dengan niat utk berusaha (keluar dari zone keselesaan saya).  Tiba di Lapangan Terbang Senai saya terus mengambil teksi sistem berkupon (walaupun boleh memilih deretan teksi di luar terminal) Mungkin dengan cara ini, saya rasa terjamin (sebab takut ada pemandu teksi yang mudah mengambil kesempatan utk menggunakan laluan jauh: mendapatkan bayaran meter lebih) Bayaran coupon adalah RM44 (Senai Airport to Citrus Hotel)


Saya hanya mampu meluangkan waktu musafir sekitar kawasan hotel penginapan saya, Bazar Karat & City Square Mall.  Sebelum terlupa, saya menginap di Citrus Hotel dgn keseluruhan bayaran RM690 (termasuk deposit RM100 yg akan dipulangkn ketika check-out) Walaupun 'book' pada saat akhir tapi ternyata hotel ini tidak menghampakan saya yang pertama kali menjejakkn kaki di sana.  Warm hospitality and location wise near to the mall, convinent stores, Bazar Karat & even near to the Immigration Post (if you are planning to go to Singapore via the highway)

14/3/2014 ~ Selepas mengerjakan solat isya' aku cekalkn diri utk mengunjungi Bazar Karat yang berada tdk jauh dari hotel.  Sebenarnya waktu ini disarankan oleh pekerja hotel kerana menurutnya jika pergi lewat sikit, byk brg jualan dpt di lihat & tawar menawar senang di jalankn.  Syukur alhamdulillah dapat membeli pesanan topi / 'cap' yang dipesan permata hati. Ramai pengunjung waktu itu mungkin kerana itulah waktu senggang warga Johor (mereka tdk bekerja pada hari Jumaat & Sabtu) Banyak ragam penjual & pembeli dapat di lihat. Paling ketara perkataan 'eeh' yang rata2 menjadi kebiasaan warga Johor tika berbicara. Tetapi sebutan dan intonasi unik memberikan satu kelainan yang membezakan warga Johor dengan warga KL (bagi pendapat saya saja! he3)

15/3/2014 ~ Alhamdulillah berkat pertolongan Tuhan saya dapat mengesan dan mengunjungi satu gerai menjual barangan antik dalam Bazar Karat! Boleh dikatakan gerai ini lah yang menarik minat saya utk mengunjungi Bazar Karat! Tetapi bkn kerna mahu membeli tetapi mahu melihat keunikkan barang2 lama yang dijual...mmg tdk sama dengan gerai brgan antik di Pasar Tamu Tutong, Brunei. Selain menjual pakaian, aksessori, aksessori hp, cd, alat mainan dan binatang, malahan kita boleh menikmati makanan dan minuman. Namun makanan dan minuman yg dijual disana tdk begitu banyak..

16/3/2014 ~ Hari ini saya byk menghabiskan msa di City Square Mall.....di Food Court "Dapur Kita" yang berada di tingkat 6. Di sini pembayaran makanan & minuman adalah mengikut sistem kad prabayar yang dapat dibeli dihadapan food court. Jumlah kad prabayar adalah mengikut kadar yang kita sendiri inginkan. Baki kad boleh di 'redeem'.  Sepanjang waktu ini saya byk melihat karenah para pengunjung...terasa tenang dgn hiasan yang minimal dan pilihan ruang tempat duduk yang disediakan.  Banyak waktu utk saya muhasabah diri & merancang masa depan saya.  Alhamdulillah! Balik ke bilik penginapan terus 'packing' brg2 utk check out esok pgi.

17/3/2014 ~ Flight ke Miri, Sarawak AK5012 berlepas pada pukul 10.00 pagi.  Saya terpaksa bertolak dri hotel pada pukul 7,30 pagi. Saya memilih taxi berwarna merah kerana murah sedikit.  Bayaran perjalanan dari hotel ke airport hari itu sebyk RM48.90.

Friday, 27 September 2013

Yum3 @ Stadium Restaurant Berakas

Recommended!! Although it was was 1st time there & 1st time eating asparagus! Tq to my fren/colleague, HK for d treat! ;)

Monday, 29 July 2013

Malam Yg D Tunggu2

Alhamdulillah...syukur...tdk d sngka 10 mlm terakhir bln ramadan sudah tiba...perasaan brbaur...gembira pastinya kerana kelebihan mlm lailatul qadar ini mmg amat brharga...ttpi perasaan sedih turut ada...kenapa? Kerana pad hakikatnya aku sedar...bln ramadan akan bransur prgi...masya allah...tdk cukup...malahan aku rsa belum puas utk memanfaatkan bln ramadan ini. Apalagi masa ini aku 'naik bendera jepun' huhuhu amat rugi & tdk sabar rsanya! Hanya brdoa...brzikir sahaja yg dpt d lakukan ketika ini. Mudahan segala amalan & doa kita d terima serta d makbulkan Allah SWT jua amin3


Friday, 26 July 2013

Miracle?

Hmmm...agak lambat mungkin utk updte blog..maaf di pinta...he3 Where to start..well semenjak trlihat dp whatsapp dia tempoh hari, trus trg lah sememang nya sukar bgiku utk meredah hari2 ku...imej2 itu sukar utk di kikis...ia tetap mngganggu...tetapi setiap tngisan itu sentiasa ku iringi dgn doa...memohon kepada Tuhan...agar d bekalkan dgn ketabahan, kekuatan & kesabaran...dan syukur...aku dpt melaksanakan solat sunat hajat & tahajjud...Pelik rsanya bukan...dah d timpa kesusahan barulah kita dpt melakukan gagasan Tuhan itu! Aku akui aku trmasuk dlm senarai hamba2Nya yg lalai itu...alhamdulillah sedikit demi sedikit kesakitan itu brkurang...brzikir turut mnjdi amalanku...sebelum tido...selepas solat...Namun pada hari Rabu yg lepas, gngguan emosi kerap mnggnggu.  sukar rsanya utk membuang imej gmbarnya dgn perempuan itu trutamanya masa memandu pulang ke rumah! Ya Allah sungguh tidak sabar rsanya utk mengerjakan solat zuhur waktu itu. Kerna waktu itulah aku dpt mengadu kepadaNya..meminta pertolongan dariNya agar dpt keluar dri kekalutan itu.  Sambil ku berbaring, zikir & doa tetap ku tuturkn trmasuk meminta kpd Nya agar d brikan jodoh yg trbaik...sehingga aku trlelap.

Namun waktu itulah aku rasakan keajaiban brlaku...Aku brmimpi...dn dlm mimpi itu aku d pertemukan dgn insan itu..dgn *Hasri. Kali ini kami dpt brbicara antara satu sama lain. Mainan tidur...tentu itu yg akan dikatakan bukan!? Tetapi keyakinan ku sgt tinggi. Sukar utk aku huraikan bagaimana...tetapi prcayalah...selepas mimpi itu, aku spt d suntik kekuatan oleh Yg Maha Besar Allah SWT! Semenjak itu aku nekad utk mngurngkan malahan utk tidak lagi mlihat dp whatsapp lelaki itu! Dan ya aku akui...semmgnya Tuhan tahu apa yg dpt mngubati aku yg dlm kelemahan ketika itu! Subhanallah...terima kasih Tuhan!

Siapa *Hasri? Cukuplah aku katakan d sini...dia lah insan yg sgt aku hormati dn sygi...insan yg sgt special...insan yg ku kenali sewaktu rumahtnggaku goyah! Tersenyum aku sendiri wpun hnya mngingati nya 😊 Biar lah dia dikenali dgn nama rekaan itu saja...😀 Para sahabat yg d kasihi...kesimpulan yg dpt saya brikan d sini...Sememngnya solat, doa & zikir mendekatkn kita kpdNya...alhamdullillah syukur Tuhan sentiasa membntu hmba2Nya!   😍

Selamat mlm semuanya...nxt time...insya allah 😊

Sami Yusuf - Asma Allah

Tuesday, 23 July 2013

Selasa 22/7/13 coretan pgi

Assalamualaikum n slm sejahtera smua...maaf tidak terupdate blog..hehehe...kerja membataskan waktu blogging saya...semalaman keresahan melanda...biasalah perempuan...soal hati...pagi-pagi lagi (kelmarin) tuhan mendetik hatiku untuk melihat dp whatsapp bekas teman specialku dulu...aku percaya getar rasa itu di lahirkan oleh Maha Pencipta...terkejut...sedih...sebak...dan ya...cemburu jugak hadir...menangis memanglah satu perbuatan yg automatik ketika itu...dari sana aku sedari...sekuat mna aku rasa diri ini...rupanya aku masih lemah...hatiku masih lemah...tapi dalam masa yg sama aku brsyukur...di berikan petunjuk lagi oleh Allah...sesungguhnya Dia menyayangiku...Pastinya Dia mahu aku mengikis rasa syg yg masih ada pd insan itu...Ya Allah...terima kasih...bantuan sentiasa Engkau hulurkan...siapa lah aku insan mu yg lemah ini utk menafikan bukti yg ada d depan mataku...Semlm syukur...dapat melakukan solat hajat dan tadi selepas sahur...solat tahajjud...Sebenarnya beberapa kali aku rsa mahu melakukan solat2 sunat tersebut...tetapi kealpaan sentiasa mngaburi manusia...Sekarang...waktu ini...aku masih merangkak...merangkak utk melakukan langkah seterusnya...Pastinya...wpun langkah itu seakan-akan longlai...tetapi doa...zikir tetap menjadi peneman setia...di samping dorongan dan nasihat dari teman2 dan kaum keluarga d sekelilingku...Got to go...perlu kerja...insya allah nanti...saya cuba brkongsi perjuanganku seterusnya...Bismillahirrahmanirrahim...hari ini pasti memberikan keajaibannya...amin3 ;)

Thursday, 11 July 2013

Slmat Berbuka Puasa

Syukur alhamdulillah...puasa hari pertama terlaksana..apa hidangan berbuka? Hari ini saya hnya ke gerai ramadan di Pekan Tutong.  Sebenarnya hendak klik-klik suasana di gerai tersebut, tetapi hujan lebat menghalang niat saya.  Sungguhpun begitu, orang ramai tetap berkunjung ke gerai tersebut.  Mungkin ini kebiasaan pada hari pertama berpuasa. Saya tidak berkecuali..Ikan percik (ikan pari & rumahan) memang jadi habuan berbuka.

Memang kalau di ikutkan, banyak yang hendak di beli, tetapi saya kuatkan diri untuk membeli apa yang perlu saja.  Bukan mudah sebenarnya, tetapi itulah salah satu pengertian / kehendak berpuasa, menahan diri daripada mngikut nafsu dan mnggalakkan kita untuk berjimat cermat ;) Ok lah..azan solat subuh sudah berkumandang...jemput solat ;)

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadan 1434H (10hb Julai 2013) Rabu

Alhamdulillah sudah selesai bersahur...bermula lah prjuangan kita sbgai hambaNYA...meraih seberapa byk phala dlm bulan yang penuh berkat ini...apa menu sahur biskita? Sahur saya mee goreng taitong biasa sja...milo panas, telur separuh masak & buah kurma. Selalunya kalau sahur saya lebih suka menu sarapan pagi. Asalkan ada milo panas & telur separuh masak, itu sudah cukup.  Ikut orang lah sebenarnya. Citarasa masing-masing...ada yang suka makan nasi lengkap dengan set lauk pauk & sayurnya. Dahulu saya bukan seorang yang suka bangun sahur. Biasalah malas bangun dan takut sakit perut.  Tetapi sudah umur meningkat, sahur menjadi satu kemestian. Umur yang meningkat, memberikan impak yang tersendiri kepada badan saya. Kalau tidak sahur, saya akan cepat merasa lemah & pening. Zumba instructor saya, Susan Pang selalu menggunakan istilah ini; 'Listen to your body'.  Kita lebih tahu apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita sendiri. Aduh! Masuk waktu solat subuh. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut awal ramadan kepada semua muslimin & muslimat. Semoga segala amalan diberkati Allah SWT jua amin3 ;)

Sunday, 7 July 2013

Fresh Start :)

Assalamualaikum  semuaaaaaa....im backkk....sudah lama meninggalkan dunia blogging.  Wah! Seperti kehidupan kita di dunia ini, blog juga melalui evolusinya. Have to keep up with d pace! Banyak perubahan & perisian blog terbaru yang perlu saya pelajari. Biar lambat asal selamat..slow and steady...he3